Sunday, July 28, 2013

Baju Raya??

Tak sampai dua minggu lagi nak raya. Baju raya tak beli lagi. Tak tau nak cari kaler apa. Ada orang tu beli kaler fuschia. Benda simple pun pening. Turquoise ok kot. Putih ker. Whateva lah. Nak shopping kat brands outlet. Baju kat situ murah dan lawa. Buat sesiapa yang tak pentingkan jenama tapi murah and cantik, brands outlet pilihan terbaik. Yeker? :)

Bahana Mercun

Bulan puasa macam biasalah berdentum-dentam bunyi mercun,meriam dan seangkatan dengannya. Budak-budak memang suka sebab benda ni jual kat belakang rumah, depan rumah, tepi dan rumah sendiri kot.

Pengalaman aku berdasarkan tajuk entri diatas, mercun bola meletup kemudian serpihan mercun melekat belakang badan ayah aku. Time tu bapak aku ada meniaga benda ni kat kampung.Besar juga modal ayah aku meniaga time tu.

Waktu malam. Ramai sedara mara balik kampung sebab time tu arwah nenek ada lagi. Nak dijadikan cerita, ayah aku tak berbaju. Tak berbaju dengan berkain gombang jer. Ayah amik satu mercun bola kat meja jualan pastu bakar. Apa lagi mercun tu buat? Meletup lah apa lagi.

Ayah aku time tu mengadap ke belakang. Tak semena-mena darah meleleh belakang badan ayah. Mak aku cabut pastu letak ubat kuning. Settle. Haha

Jadi bulan puasa ni jangan lah main mercun. Bahaya. Selamat menyambut bulan Ramadhan. :)

McD.Puasa.Siang.Sedap

Bulan puasa dah masuk minggu ke dua. Dan aku seperti biasa menjalani hari-hari sebagai Muslim dengan jayanya. Waktu berbuka aku kurang makan daripada biasa sebab nak mengurangkan tumbesaran perut aku.

Ada juga segelintir umat Islam yang tidak berpuasa atas alasan tersendiri. Ada kedai mamak yang menyediakan perkhidmatan drive-thru belakang kedai. Terbaik lah. Memang makin ramai yang tak puasa gamaknya.

Restoran makanan segera seperti McD pun dah ada merata tempat. McChicken, BigMac. Cair nafsu aku tulis entri ni. Entah kenapa mak aku cakap makanan McD lagi sedap bulan puasa ni. Hmm. Mungkin keberkatan pekerja Mcd tu berpuasa atau sebaliknya. :)

Bila tak puasa tu, jangan melarat sampai sebulan ok. Jangan lupa puasa ganti jugak.

Saturday, July 27, 2013

Sehari Sebulan Dua Bulan

Seperti diatas, aku ada masalah kewangan. Jadi keperluan aku banyak dikurangkan. Bila dikurangkan, internet pun jadi lembab, bila dah lembab, lambat nak upload gambar, bila lambat nak upload gambar, takda gambar dalam post-post aku, bila takda gambar dalam post aku, takda orang nak baca, bila takda orang nak baca, blog aku jadi sunyi. Bila dah sunyi korang pikir lah sendiri. Hahahamboooii. :)

Internet dah sampai quota bulanan :(

Lelaki Dan Dot Dot Dot

Seperti mana lelaki lain di dunia mahupun planet marikh, boleh dikatakan mempunyai minat yang hampir sama. Kegilaan atau obsesi terhadap sesuatu memang tidak lari dari fitrah tiap manusia khusus nya LELAKI. Jom cekidaut minat aku terhadap dot dot dot. hamboooihh :)


1. Video games atau permainan video
Lambakan permainan video yang semakin berleluasa didorong dengan nafsu serakah kaum adam terhadap games. Aku tergolong di kalangan hardcore DoTA. (lai lai dota). Walaupun pada awal nya aku ingat dota hanya untuk kaum cina (i'm not racist), ia telah memikat hati aku tatkala bulan purnama omg. Boleh dikatakan daripada pagi sampai pagi esok aku boleh mengadap depan PC main dota. (adik2 jangan ikut habit abang ni).


2. Modifikasi Kenderaan
Oh no! Dah masuk bab modified enjin atau jentera. Daripada yang remaja sampai lah ke tua bangka beranak pinak semua lelaki ada keinginan untuk benda ini. Bermula dengan ringan-ringan, sampailah ke gila baban punya bikin. Aku?? Mestilah ada. Waktu sekolah main skuter Suzuki VS125. Ada lagi sampai sekarang tapi dah standard. Sekarang?? Kereta pulak lah bro. Aku sekarang pakai kereta Honda Civic EG. Sesiapa yang tak tahu model ape,google please. Haha


3. Gadjet Terkini
Bab ini aku rasa tak sesuai untuk lelaki sahaja sebab perempuan sekarang pun dah maju malah lagi update daripada lelaki. Sekarang semua benda depan mata kan, tinggal nak beli jer. Aku boleh dikatakan tak ambil pusing sangat pasal gadjet latest atau terkini. Yang penting aku boleh buat kerja guna PC, layan games guna PC, bersosial guna PC, tengok wayang guna PC. Sebab itu jer yang aku ada. Tablet ataupun laptop aku tak pernah beli.


Aku rasa aku agak Forever Alone kot. Ye ker? :)

Kedua Selepas Pertama

Assalamualaikum.
Buat pengetahuan korang, ini adalah blog aku yang kedua setelah blog sebelum ini yang aku buat suka - suka. Jadi harap korang berikan tunjuk ajar. SIFOO!! hamboihhh :)